Friday, 6 March 2009

Ribut Dalaman

Hari ini merupakan kesinambungan dari hari semalam. Cerita semalam masih berlegar segar hari ini. Rata-rata kawan yang terlibat membuat andaian dan membuat analisis serta post mortem sendiri. Banyak juga cadangan dan tindakan yang dilihat positif dan boleh diambil kira untuk membaiki keadaan. Apapun kena tunggu minggu depan apabila rombongan kenyalang pulang.

Menambah duka dan nestapa semalam , hasil dari lawatan semalam di dapati bahawa kedudukan kita yang 'premier' ni agak memalukan , jauh ditinggal oleh mereka yang tidak ada langsung label 'premier' ...Macamana ni ? Di mana silapnya? Sebenarnya , jawapannya ada dan rata-rata kita tahu siapa yang boleh disalahkan . Yang lecehnya, sudah pasti ' dia' tidak akan nampak kelemahan 'dia.' Payahle orang yang tidak mampu bermuhasabah ni.....

Kita dah setuju nak mula operasi minggu depan, tetapi kena tunggu cue dari 'dia'. Takut tidak ada cue le pulak. Ada cadangan kata kalau tak ada cue, kena ganti 'c' dengan ''s' dan kita sue 'dia' kat mahkamah akhirat... Eeeeee berat tu..

Apapun hari ni yours truly borong lagi 4 'rantai Sabah' . He...he...he.... pelepas tension.

Thursday, 5 March 2009

Ka-Boom !!


Huh ! Akhirnya ia meletup. Eh, bukan kita yang letupkan tau , kita tak pakai C4 pun. Cuma apabila dah lama sangat disimpan, ia pastinya meletup. Pakar peletup yang 2 orang tu yang meletupkannya. Dia siap cari bahan peletup lagi, korek sana, korek sini dan akhirnya cukup bahan , meletup lah dia. Rahsia sudah pecahlah. Siapa suruh curi tulang dah Kantoi!

Bahan letupan terdiri dari BRM (Cari sendiri it stands for what) , Fail Jadual Waktu, Fail JKKS dan beberapa fail lagi .Canggih giler punya bahan letupan, C4 pun kalah.. Itula.. siapa suruh sorok.

Tak tahulah macamana nanti , bila kawan kita tu pulang dari 'tour de kenyalang' nya, mendapat tahu letupan sudahpun berlaku dan menunggu pakar forensik pulak untuk buat post mortem. Pengsan ke tidak?

Cakap fasal post mortem ni yang buat kita seriau ni. Kesan besarnya memangle kena atas kawan yang pergi ' tour de kenyalang', tapi pada masa yang sama kita subordinates ni yang terpaksa menanggung akibat....

Kesian mereka yang telah berpenat lelah, bersusah payah, bersengkang mata ,siang dan malam menyediakan fail masing-masing lengkap dan hampir lengkap, tetapi dek kerana beberapa titik nila dah rosak susu sebelanga.

Kepada mereka yang terlibat, jadikan ini suatu iktibar, ada rahmah nya. Kalau sebelum ini memang bersikap acuh tak acuh walaupun dah jenuh disuruh tapi buat tak endah aje. Huh! apa lagi selesaikan segera semua yang perlu diselesaikan. Paradigm shift ye...

Kepada yang sentiasa bersedia perhebatkan dan kemaskini (termasuk le yours truly he..he...he.. yang masih ada banyak tak siap.. ) sebab lepas ni dalam jangka waktu terdekat , rasanya lebih ramai pakar peletup akan datang mencari bahan -bahan untuk dijadikan bahan letupan.
Eeeeee seram le jangan jadi macam Altantuya udah le...... nak tahu cerita pasal Altantuya boleh klik di sini ( Ini dah lari tajuk ni.... tapi interesting tak caya baca )

Tuesday, 3 March 2009

Jelebor

Dia sedang menarik masuk kepalanya.
Kepalanya dah hilang....


Selepas hampir 10 minit menunggu....

Jelebor...itu panggilan orang Kuale untuk labi-labi. Spesis ni kadang-kadang boleh dilihat menyeberang jalan di hadapan rumah saya...Bayangkan dengan kelajuannya berjalan, ia mampu menyeberangi jalan 4 lorong yang sentiasa ada kenderaan.....Hebat spesis ni.

Hari ini sewaktu sampai di rumah, ( belum masuk pagar pun) kami terserempak dengan spesis ni. Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah agaknya kot. Saya bergegas keluar kereta untuk mengambil gambar 'in action' malangnya spesis ni nampak sahaja saya terus menyorokkan kepalanya. Lama menunggu untuk dirakam gambar penuh, saya menunggu dalam panas matahari tetapi malu sungguh dia.Enggan keluar. Saya hanya dapat mencuri sedikit sahaja dari jauh semasa dia cuba-cuba mengintai..... kelakor betul.
Apapun it made my day, hilang juga rasa penat......

Monday, 2 March 2009

Negeriku

Alahai ...... apa nak jadi......apa nak jadi...?
Dah elok-elok tiba-tiba jadi kacau .
Apa nak jadi.......apa nak jadi....?
Orang siuman dah jadi sasau..

Apa nak jadi......apa nak jadi ...?
Yang atas berebut, yang bawah kelam-kabut.
Apa nak jadi.....apa nak jadi...?
Yang berkuasa dan tak berkuasa semua berserabut.

Apa nak jadi.....apa nak jadi ?
Suara rakyat suara keramat.
Apa nak jadi.....apa nak jadi..?
Tolong la...bagi sikit hormat.

Apa nak jadi...apa nak jadi..?
Kalau ikhlas, biarkan saja kami yang pilih.
Apa nak jadi...apa nak jadi...?
Baru boleh hilang marah yang mendidih.

Apa nak jadi.....apa nak jadi..?
Susah benor ke Yeop nak buat keputusan?
Apa nak jadi...apa nak jadi...?
Tepuk dada tanyalah Imaan.
( Lain le kalo dah tak cukup Iman....he..he...he...)

Sunday, 1 March 2009

March

Hari ini sudah masuk bulan ke tiga tahun 2009 , bermakna semakin bertambah umur kita. Mungkin ada yang menyambut hari jadinya hari ini. Selamat hari jadilah. Semoga terus dalam peliharaan Allah.

Masa semakin laju berlari meninggalkan kita yang baru saja mahu mula berjalan kerana dirasakan tahun 2009 baru sahaja bermula. Sekolah pun baru sahaja rasanya dibuka, tetapi diam tak diam, tanpa di sedari kita sudah pun menghampiri cuti separuh penggal yang pertama. Ini bermakna peperiksaan @ ujian bakal dihadapi oleh pelajar dalam tempuh terdekat. Semak kembali apakah yang telah dilakukan, disumbangkan sepanjang dua bulan yang lalu. Rasa-rasanya tidak banyak yang dapat disampaikan. Namun saya agak puas hati juga kerana telah dapat melunasi beberapa tajuk yang perlu diberesi. Sekurang-kurangnya jika ada ujian yang perlu diduduki oleh pelajar, saya tidak rasa bersalah kerana mereka telah didedahkan dengan tajuk-tajuk tertentu.

Demikianlah waktu itu dilihat akan terus bergerak pantas tanpa menoleh kebelakang. Masa-masa yang telah berlalu pastinya tidak akan dapat diulang semula. Kita hanya mampu mengenang sahaja apa yang telah berlalu, samada yang pahit mahupun yang manis. Segala peristiwa lalu boleh dijadikan panduan dan 'Aqal yang dianugerahi Allah boleh membantu kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dan membuat kita berhati-hati dalam tindakan.

Masalah nya ialah bagaimanakah semua ini dapat disampaikan dengan berkesan kepada golongan remaja lelaki yang hanya mampu berfikir mengenai keseronokan sahaja. Mereka gagal menginsafi faktor masa yang tidak pernah berhenti bergerak . Mereka juga tidak dapat berfikir mengenai masa akan datang. Mereka tidak dapat melihat diri mereka 10 tahun dari sekarang, Mereka tidak mampu berfikir untuk masa depan. Mereka hanya mampu melalui masa seadanya tanpa mahu bersusah-payah berfikir mengenainya. Hidup bagi mereka adalah apa yang ada di depan mata sahaja. Tidak perlu berfikir lebih daripada itu. Berseronok sementara masih mampu.

Apa yang mampu saya lakukan ialah cuba dan melaksanakan perintah dalam surah al-'Asr ia itu berpesan -pesan kepada kebaikan dan kebenaran. Semoga mereka dapat melihat dan hijab mereka terangkat. Insyaallah.