Assalam. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah masih sempat dan diberi peluang lagi oleh Allah meraikan dan menghayati bulan penuh barakah ini.
Sudah 17 Ramadhan . Terlalu cepat masa berlaalu. Sempena mengingati peristiwa Nuzulul Quran ini , jom teruskan bacaan kita. Mahu khatam sebelum tamat Ramadhan. Baca sahajalah nampaknya, belum sempat untuk tadabbur sepenuhnya. InsyaAllah selepas Ramadhan.
Maha Suci Allah yang telah menurunkan kitab suci Al Quran sebagai panduan bagi kita dalam menjalani hidup ini.