NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau
BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara
Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948.
Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut
di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan
yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh
kemerdekaan).
Hakikatnya ialah mereka merampas
negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat
dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat
Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan
berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Peristiwa ini berlaku selepas
terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas
tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan
PBB.
APA KESAN AWAL UTAMA NAKBAH ?
- Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
- Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
- . 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
APAKAH REALITINYA SETELAH 67 TAHUN
NAKBAH?
1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.
3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.
6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.
7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.
8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Banyakkan perayaan disambut pada bulan Mei ini yang bermula dengan Hari Pekerja pada 1 Mei. Namun tidak ramai yang cakna dengan NAKBAH. Malapetaka besar yang menghimpit orang Palestin hingga ke hari ini.
Mari kita berkongsi rasa dan simpati, menyedari dan ambil erti apa yang telah, sedang dan akan berlaku.
Semampunya kita cuba apa terdaya, walau cuma hanya dengan iringan doa , moga saudara kita di sana terus kental dengan semangat juang mempertahankan HAQ dan diberi kemenangan oleh ALLAH.