Pengasas HAMAS yang ditakuti Israel, 3 peluru berpandu telah menghancurkan jasadnya kecuali kepala Insan berkerusi roda ini sekembalinya dari solat subuh di pagi 22 March 2004.
Perjuangan mu, wahai Sheikh masih diteruskan.
AL-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN
Ahmad Ismail Yasin, dilahirkan pada tahun 1938 di desa el Jaura
pinggiran el Mijdal, selatan Genting Gaza. Melarikan diri bersama
keluarganya ke Genting Gaza setelah perang Palestin (nakbah) tahun
1948.
Sejarah Awal
* Mengalami kemalangan semasa mudanya ketika bermain, menyebabkan beliau cacat seluruh anggotanya dan lumpuh sepenuhnya.
* Bekerja sebagai guru Bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyah, kemudian
bertugas sebagai khatib (pembaca khutbah) dan pengajar di masjid-masjid
Gaza. Di zaman penjajahan, dia menjadi khatib paling popular di kalangan
masyarakat Genting Gaza kerana kekuatan hujjahnya dan keberaniannya
dalam al haq (kebenaran).
* Menjadi ketua Majma’ Islami (Akademi Islam) di Gaza.
Penangkapan Sheikh
* Pada tahun 1983, Syaikh Ahmad Yasin ditangkap rejim Imperialis Israel
atas tuduhan memiliki senjata, membentuk pasukan tentera dan menggesa
supaya menghapuskan kewujudan Negara Yahudi. Beliau dijatuhkan hukuman
di hadapan Mahkamah Tentera Zionis dengan 13 tahun penjara.
* Pada tahun 1985, beliau dibebaskan dalam rangka pertukaran tawanan di
antara pihak rejim Imperialis Israel dengan PFLL (Barisan Rakyat untuk
Pembebasan Palestin) – Pimpinan Umum, setelah merengkok 11 bulan di
dalam penjara rejim Imperialis Israel
Mengasaskan HAMAS
* Bersama para aktivis Islam Palestin, beliau mengasaskan organisasi
Harakah Perjuangan Islam (HAMAS) di Genting Gaza pada tahun 1987.
* Pada akhir bulan Ogos 1988, tentera penjajah Israel telah menyerbu
rumah kediaman beliau di Gaza. Mereka menggeledah dan mengancam
menolaknya di atas kerusi roda yang didudukinya melalui sempadan dan
mengusirnya ke Lubnan.
* Pada malam 17 Mei 1989, rejim penjajah Israel telah menangkap Syeikh
Ahmad Yasin beserta ratusan aktivis Gerakan Hamas, dalam rangka operasi
menghentikan perjuangan penentangan bersenjata yang ketika itu mengambil
bentuk serangan dengan menggunakan as silah al abyadh (senjata putih /
penculikan), ke atas tentera-tentera Israel, penduduk Yahudi serta
pembunuhan terhadap agen-agen Israel.
Penjara Seumur Hidup
* Pada 16 Oktober 1991, mahkamah tentera Imperialis Israel menjatuhkan
hukuman penjara seumur hidup ditambah lagi 15 tahun, setelah dikemukakan
dakwaan kepada Sheikh dengan senarai yang merangkumi 9 perkara. Di
antaranya menggesa (provokasi) penculikan dan pembunuhan ke atas
tentera-tentera Israel, mengasaskan Gerakan Hamas serta dua sayapnya,
ketenteraan dan Keselamatan.
* Di samping menderita kelumpuhan sepenuhnya, Sheikh Ahmad Yasin juga
menderita beberapa penyakit lain. Di antaranya, lemah pandangan di mata
kirinya dan kebutaan di mata kanannya akibat penyiksaan yang beliau
alami ketika disoalsiasat, mengalami radang telinga yang kronik, alergik
paru-paru, beberapa penyakit dan peradangan dalaman dan usus. Kondisi
penahanan yang buruk yang dialami Syeikh Ahmad Yasin menyebabkan keadaan
kesihatannya menjadi semakin buruk yang menyebabkan beliau dipindahkan
ke hospital beberapa kali. Kesihatan Sheikh terus menjadi semakin buruk
disebabkan penahanannya dan tidak ada kemudahan penjagaan perubatan yang
sesuai kepadanya.
* Pada 13 Disember 1992, sekelompok penyerang berani mati (fida?i) dari
Pejuang Katibah Izzuddin al Qassam telah menculik seorang tentera
Imperialis Israel. Kumpulan itu menawarkan pembebasan tentera tersebut
dengan menggantikan pembebasan As-Sheikh Ahmad Yassin dan kumpulan
tawanan di penjara Zionis yang sakit, tua dan tahanan Arab yang diculik
tentera Zionis dari Lubnan, bagaimanapun Kerajaan Zionis menolak tawaran
tersebut dan merempuh lokasi penahanan tentera tersebut yang telah
menyebabkan kematiannya dan kematian ketua unit serangan sebelum
syahidnya pahlawan-pahlawan kumpulan penyerang berani mati di rumah di
kampung Bernabala berdekatan Al-Quds.
Pembebasannya
* Pada pagi Rabu, 1 Oktober 1997, Syeikh Ahmad Yasin dibebaskan mengikut
perjanjian yang telah dicapai di antara Jordan dan rejim Israel, untuk
membebaskan Sheikh dengan pembebasan dua agen Israel yang ditahan di
Jordan selepas percubaan membunuh yang gagal ke atas al-Akh Khalid
Misy’al, ketua Maktab Politik Hamas di Amman.
* Dari tarikh tersebut beliau mengecapi kebebasan sehinggalah bulan Disember 2001
Perintah Menetap Secara Paksa
* Pihak Berkuasa Palestin menguatkuasakan perintah menetap secara paksa
ke atas Sheikh Ahmad Yassin selepas operasi serangan berani mati yang
menyebabkan terbunuhnya beberapa orang Israel sebagai serang balas ke
atas pembunuhan pemimpin-pemimpin intifadah dan tokoh Amal Nasional oleh
Israel. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan jalan-jalan Palestin
dan berkumpulnya beribu-ribu rakyat Palestin di hadapan rumahnya dan
berlaku pertempuran di antara para penduduk dengan pasukan keselamatan
Palestin yang mahu membuktikan kepada Israel dan Amerika Syarikat bahawa
Pihak Berkuasa Palestin masih mampu untuk mengawal keadaan
Pembunuhannya
* Israel telah banyak kali cuba membunuh As-Sheikh Ahmad Yassin, yang
terakhir ialah pada 6 September 2003 ketika helikopter Israel
mensasarkan sebuah apartmen di Gaza tempat terdapatnya As-Sheikh yang
diiringi oleh Ismail Haniah tetapi beliau terselamat dari serangan
tersebut.
* Kemudian cubaan membunuh ini berulang lagi pada pagi 22 Mac 2004, dan
pada kali ini Israel berjaya membunuhnya. Beliau gugur syahid di hadapan
masjid berhampiran rumahnya ketika beliau keluar dari solat Subuh dan
selepas jasadnya dihancurkan oleh peluru perpandu yang dilepaskan oleh
helikopter yang mengekorinya dan beberapa orang pengiringnya.
(dari Blog Takdir Ilahi)
Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (1937 – 22 March 2004)
[1]
(
Arabic:
الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسين
ash-shaykh Aḥmad Ismāʻīl Ḥasan Yāsīn) was a founder of
Hamas, an Islamist
Palestinian paramilitary organization and political party.
[2][3][4][5][6] Yassin also served as the
spiritual leader
of the organization. Hamas gained popularity in Palestinian society by
establishing hospitals, education systems, libraries and other services,
[7] but it has also claimed responsibility for a number of
suicide attacks targeting
Israeli civilians, leading to its being characterized by the European Union,
[8] Israel,
[9] Japan,
[10] Canada,
[11] and the United States
[12] as a
terrorist organization.
[13][14]
Yassin, a
quadriplegic who was nearly
blind, had used a
wheelchair since a sporting accident at the age of 12.
[15] He was
assassinated when an Israeli
helicopter gunship fired a missile at him as he was being wheeled from early morning prayers.
[16]
His killing, in an attack that claimed the lives of both his bodyguards
and nine bystanders, was widely condemned and many observers suggested
that the act would negatively impact the peace process.
[16] 200,000 Palestinians attended his
funeral procession.
[17]
(Dari WIKI.)