Sunday, 29 November 2009

Nak release tension

We had makan-makan today. Cook something ,nothing special really. It's just that my dapur has not been berasap for quite sometime. To release a bit of the tension yang ada, blend ini dan itu, kacau kuali a bit, potong bawang here and there, goreng ini sikit and itu sikit, and Walla!!...... kita pun lunch..... Mmmmm then not too worry much about my dinner tonite.

A friend texted me telling dearest H is coming. Mmmm.. it's good really.... after so many unreplied messages I sent...... Just that I'm not sure whether to be there or not. Daku sudah hilang mood really (not the project )but the atmosphere and all. I think I have lost all the feelings I used to have.( my eyes watery now and every time thinking about it ) I don't know. I normally would go and do my work there whenever I have time and spent hours siting in the room, chit-chatting and brainstorming as well..... Mmmm those were the days. Gone are all the feelings, honestly.......... i can't ..............

And someone asked me a favour hari Rabu nanti, alamak......... I dread the thought.......

Thursday, 26 November 2009

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha untuk semua,
Maaf zahir dan batin.

Mari kita sama-sama menghayati
dan menginsafi
pengorbanan yang telah dilakukan.

Oh...... hari ini daku telah berkorban masa yang amat berharga itu
menunggu.......dari pagi hingga selesai.

Alahai ...... kesiannya

Sunday, 22 November 2009

Hari Mendung

Outside mendung habis. Since yesterday, one could hardly see the sun. Alamak ai, jemuran, jemuran... bila nak kering eh? There will be more to come. Aduhai...

Mendungnya hari sama macam mendungnya perasaan daku. Slow la this time around. I could feel that my performance slacking a bit. Terangkak-rangkak untuk menghabiskan walaupun satu jawapan. Lorrr.... susah lah gini kan.

Decision,decision,decision yet another question haunting...... Getik dah tahap jingga. Payah tolll.....

Semua ni menambah kan mendung yang sedia ada...... Alahai

Wednesday, 18 November 2009

Selamat Berjaya!!

Untuk Aiman Hadi ku,
dan untuk semua yang menduduki SPM dan STPM bermula hari ini

Doa dari bonda untuk kalian semua,

" Selamat Berjaya mengharungi ujian besar ini dan semoga Beroleh keputusan yang baik dan cemerlang serta menggembirakan semua yang tersayang."

Selamat menjawab dan teruskanlah berdoa.

Insyaallah
Kejayaan akan bersama dengan kalian semua.

Tuesday, 17 November 2009

Summit,Summit,Summit

Fuuh! 5 hari 'menyummit' boleh tahan sakit kepala.
Pergi ber'kolam-kereta' dan berkonvoi.
Mulanya konfiden
ada kotak penunjuk dan kononnya pemergian yang ke tiga
maka jadi co-pilot perkara biase le
Cis! memang tak leh harap pun
daku memang pening dengan kereta berduyun
simpang yang bersusun-susun

Kesian pilot yang dok pegang stereng
mana nak tengok cermin, mana nak tengok keliling
2 co-pilot takleh nak harap
simpang yang ni lepas ,yang sana silap.
Tol 50 sen rupanya ada
lepas bayar, jalan pun jumpa.
keh,keh,keh,keh

5 hari 'menyummit' macam-macam ada
sakit perut, sakit kepala, sakit gigi pun ada.
Di mana-mana gelak ketawa
Makan-makan jangan cerita
gossip pun sama le juga
Dari pagi ke tengahari ke petang ke malam
kerja,kerja,kerja
makan,makan,makan
Fuuh! berat bertambah, kerja pun bertambah
tanggungjawab lagi le bercambah-cambah.

Itu le cerita lima hari 'menyummit'
Rutin bi-tahunan
yang benci tapi rindu
yang kami nanti dan tunggu
Bila balik tanggungjawab menunggu
Selagi tak selesai
makan tetap kenyang , mandi tetap basah
tidur tetap boleh lena
tapi bahu yang memikul beban
akan senget sampai tahun depan...........


Friday, 13 November 2009

Thanks Allah

Alhamdulillah !
Thanks to Allah The Almighty
I could at least
find some space where I can meet and see
old and new faces sweet and happy.

Mmmmm Thank you Allah,
I'm happy to be part of this community
Well,
tough and harsh they could be
yet we still work as a team should be
no one trying to act god
over superior than others
which in reality
you are just a small tiny dot
among many others who are a lot better.
and Yes,
they never claim so and always humble as ever.

Thursday, 12 November 2009

Antara kawan , rakan dan sahabat

Eh, apa bezanya kawan, rakan dan sahabat? Entahle. Ikut le tafsiran masing-masing kan.

Kawan tu sesiapa pun boleh jadi kawan. Rakan pun macam tu le juga kan.Kawan kerja, kawan untuk pergi makan-makan atau jalan-jalan. Rakan sekerja, rakan sepermainan dan apa-ape je lah.

Sahabat ni payah sikit nak di takrifkan. Gelaran Sahabat ni yang layak hanyalah bagi mereka yang berada di sekeliling Rasulullah dan bersama baginda berjuang menegakkan Islam dan mengembangkan Islam. Yang lain-lain tu takrifnya ikut suasana semasa lah kot.

Hari ini rasanya amat payah untuk mencari sahabat yang benar-benar sahabat kan. Teman seperjuangan, rakan sejawatan, setempat kerja ,sepermainan sekampung, setaman, kawan sepersekolahan, sekelas dan macam-macam lagi memang le ramai. Tapi kan, berapa ramaikah rakan dan kawan ini yang benar-benar boleh menjadi sahabat?

Oh! Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan rakan atau teman bertukar musuh atau hilang kemesraan. Perkara-perkara remeh-temeh, perkara-perkara peribadi, perkara-perkara yang berkaitan kewangan dan bermacamlah lagi boleh menyebabkan kawan atau rakan hilang. Adat manusia kan, biasalah tu.

Kadang-kadang tu yang kita sangka kawan itu pula ada pilihan lebih baik pulak untuk di jadikan kawan. Fuuh! Itulah sebabnya Ustaz kata kita ni dipanggil manusia, yang bermaksud ' lupa'. Kita selalu lupa dengan apa saja. Sudah memang manusia itu begitu fitrahnya.

To all my 'sahabat' thank you for being my sahabat. ( If you think you are my sahabat le... he,he,he...)

Tuesday, 10 November 2009

Kipas oh Kipas

Kipas Oh Kipas!
Ada kipas kecil ada kipas besar
Ada kipas manual ada kipas auto
Ada yang macam kipas penjual sate
Ada yang macam kipas untuk raja-raja dulu
Ada yang tersangkut di siling
Ada yang di dinding,
Ada yang tinggi ,ada yang rendah
Ada yang cantik, menarik, halus dan berseni
Ada yang besar, kasar tak cantik kurang berseni.

Apa-apa pun fungsinya untuk mengipas.
Kipas pembuat sate untuk mengawal api membakar sate.
Kipas raja-raja dulu bagi menyamankan, tak panas
Kipas manual terukle kena mengipas, boleh lenguh tangan
Kipas auto, Wow! tekan suis, bergeraklah dia.
Apa-apa pun fungsinya memangle untuk mengipas.

Kipas Oh Kipas!
Teruslah menjadi kipas.
Yang penting benda yang dikipas
Kalau api makin besarlah ia,
Kalau tepung berterbanganlah dia,
Kalau debu melayang-layang le pula
Kalau yang panas dikipas
menjadi sejuk damaile rasa.

Oh Kipas,
sekarang ramai dah tak pakai kipas
takut remos rosak kurang macho le pulak
jadi....
Wow! kita pakai le air-cond.....
Sejuk, nyaman, segar dan semestinyalah
tidak panas......

Apa-apa pun,
Kipas ke, air-cond ke
Teruskanlah mengipas dan meng 'air-cond"
Dah memang fungsinya
untuk mengipas dan menyamankan.

Monday, 9 November 2009

Ujian semakin hampir...

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bagi anak-anak yang bakal menduduki SPM dan STPM memulakan peperangan mental mereka. Oh! bukan mental sahaja , segala-galanya. perlu mantap dan penuh bersedia.

Alahai! Bagaimanakah Aimanku yang seorang itu? Sudahkah dia bersedia? Diharapkan begitulah. Bonda hanya berdoa dan mengharapkan yang terbaik. Insyaallah.

Kepada semua anak-anak yang bakal menduduki SPM dan STPM, semoga berjaya dengan cemerlang dan dapat menggembirakan hati ibubapa kalian.

Do your best!!!!

Thursday, 5 November 2009

Selamat Berjuang!

Just came back from a gathering held by our Ustaz for our comrade , Iqram who will be pursuing his studies in Ussuluddin dan Da'wah di International University of Madinah.

Susah tau nak masuk university ni.....

How nice ...... amat bermanafaat sekali.

How I wish Aiman would also have such interest......
sejuk rasanya hati.
Seronok mendengar kesungguhan Iqram untuk mencari hala tuju dalam hidup, dan yang seronoknya dia juga mendapat inspirasi dari
kesungguhan pelajar-pelajar veteran yang belajar di Pakat.

Semoga Iqram akan terus berjaya mendalami ilmu dan memberi manafaat kepada insan lain.

Pesanan Ustaz tadi ( dari Hadis Rasulullah saw ) :

" Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manafaat kepada orang lain
dan seburuk-buruk manusia ialah yang menyusahkan orang lain. "

Tuesday, 3 November 2009

L E T I H !!!!!

Letih !!!!

Letih dengan macam-macam

Letih dengan apa-apa je lah !..

Letih !!!

Yang Amat......

Sunday, 1 November 2009

Panggilan Haji dan Lambaian Baitullah

Antara jamaah dan keluarga yang bermalam di kemah yang disediakn oleh pihak Tabung Haji di perkarangan kompleks. Mereka tidak menyewa bilik yang disediakan.

Muka yang dikenali , Pengurus Kompleks, Tn Hj Mat Kassim.


Para jamaah berbaris menanti selesai urusan imigresen sebelum berlepas menaiki bas.
Nasihat dan pesanan dari Pak Din untuk keluarga.

Petrol car dan riders yang mengiringi bas jamaah ke lapangan terbang.

Fleet of busses yang membawa jamaah ke lapangan terbang.
Sob,sob,sob...... I cried a few times... honestly

Haji Pak Din........

Baru-baru ni kami berpeluang menghantar keluarga terdekat berlepas untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5. Berlepas melalui Lapangan Terbang Bayan Lepas. Apapun segalanya bermula di Kompleks Haji Bayan Lepas.

Bagusnya di sini, kesesakan agak terkawal dan pergerakan kenderaan pun mudah serta dekat. Cumanya , ish..ish.ish... ada satu Pak Guard tu, apasal kepoh ngat. Kita pun tahu regulations, akhirnya malu sendiri kan...kan...

Seronok dan syahdu sekali tengok bakal-bakal haji dan hajah bersama keluarga di saat-saat sebelum berpisah. Ooooh... cuba-cuba membayangkan saat-saat itu..

Semoga Pak Din dan semua jamaah dapat menjalani ibadah haji dengan sihat dan selamat serta mendapat keampunan dengan Haji yang Mabrur. Ameen.