Thursday, 30 April 2009
Nak Rehat
I will have to put aside whatever that I might have on mind for a while. However, should there be any space in between, I will find ways to pen down something ...he..he..he.
So, see ya later.
Wednesday, 29 April 2009
Melatah
Ada orang melatah kerana dicucuk pinggangnya, ada yang melatah kerana terkejut, ada pulak kerana ternampak sesuatu, pendek kata ada berbagai sebab juga yang boleh membuat seseorang memulakan latahnya.
Saya pun kadang-kadang melatah juga. Bila penat dan terganggu memang boleh melatah. Bukanlah melatah macam opah-opah selalu buat tu. Tetapi kita akan jadi sensitif dan marah, terasa terkejut, emosional lah , senang kata.
Kalau ada orang kata, kampung kita penduduknya semuanya tak berjenis, jahat belaka macamana ? emosional tak? Tentulah kita melatah kan .Kita adalah sebahagian dari kampung itu. Orang beri pendapat sebab semasa dia datang ke kampung kita , dia tidak dapat layanan yang baik dan memuaskan. Adil ke kesimpulan itu. Padahal kita memang dah selamanya menjadi penduduk kampung tu dari awal berzaman . kita kenal boleh kata semua penduduk kampung kita , tentulah kita tahu apa sebenarnya kebaikan dan kelebihan dan kekurangan kampung kita , jadi adalah tidak adil dicanang seantero dunia bahawa kita semua adalah jahat. Kita boleh memberi pendapat tetapi janganlah kerana nila setitik habis rosak semua susu sebelanga.Mana punya critical thinking ini. ( nak tuntut kat akhirat ni...he..he..he )
ehhhh..ehh....ehh...banyaknye kang kong.
Tuesday, 28 April 2009
tiba-tiba
Tiba-tiba terasa rindu
pada waktu-waktu dulu,
lalu aku pun
menerjah ruang maya
mencari koleksi ,
menyusuri tempat yang pernah dilawati
tempat yang mematangkan diri,
yang telah jauh aku tinggalkan.
Cisss! kenapa tiba-tiba pulak
jadi nostalgik ni?
Yaaa... ia menyerang tatkala
menyusuri laman-laman blog
mereka yang pernah jadi teman seperantauan.
Monday, 27 April 2009
It's Monday
The day ended with a briefing and I think it's high time we have that kind of reminder. Kudos to our ****** I like the part where Harian Metro was quoted on our winning the Perahu Perak Championship. 'Despite sampan bocor , we managed to win' Perhaps the bocor isn't that big. What we are facing now is we've got so many bocors here and there. If we don't do any tampal-menampal activities we might karam la..... Now the Karam Singh library pun dah tinggal nama aje. takut kita pun follow suit juga..... Janganle.
Thus, the call for a briefing memang patut sangat. It's our responsibility la.... and that penerbangan one way trip ke alam barzakh memang sepatutnya menyedarkan kita tentang tanggungjawab masing-masing.
Mmmmmm nice piece of tots. Jazakallah.
Sunday, 26 April 2009
Hari Vespa
Saturday, 25 April 2009
Malas
Hari ini tadi MUET pertengahan tahun dijalankan. Dah lama tak jaga periksa, seronoklah pulak. Bermacam gelagat pelajar boleh dilihat. Ada yang terus berusaha minta kertas tulis walaupun hanya tinggal tiga minit sahaja lagi. Bagus semangat juang tu. Rata-rata mereka semua berusaha.
Apapun, hari ini yang paling menyenakkan ialah komen dari my other half tentang budak-budak 'k****d'. Sebenarnya dari semalam lagi apabila dia ke sana menghadiri mesyuarat. Semuanya negatif belaka.......panas telinga mendengarnya. Hari ini dia sambung lagi komen lebih details lagi sebab dia sempat tengok persekitaran.....aduh......komennya....pedas,panas.. My answers... we did our part but yang nombor satu tak buat apa-apa susahle. Takkan le kuasa orang besar lapan lebih dari kuasa raja , nanti keluar pulak soalan ada berapa banyak raja ? Kami nak jadi raja nombor berapa pula? Payahle kerja kalau a leader doesn't know how to lead. A leader should plan and lead the way. Ini plan pun tidak apa lagi leading..... Letih dibuatnya.
Monday, 20 April 2009
Jelajah Malaysia 2009
Sebahagian dari kereta yang mengikuti jelajah tersebut.
Saturday, 18 April 2009
Coke+Ajinomoto
Saya rasa ramai yang tidak tahu tentang ini, saya pun sama. Jadi klik di link di atas dan bacalah . Beritahulah kepada sesiapa yang berkenaan,
Koleksi gambar minggu ini
Tengok rambut si Imran ni, rajin benor le dia menyikat rambut dia
ke sana ke mari . Kalau belajar pun rajin macam tu, bagus le.
Friday, 17 April 2009
Hebat wanita ni.
Masing-masing ada pendapat tersendiri , dan bagi saya adalah tidak salah kita berpegang kepada apa yang kita percaya itu ( ini negara demokrasi kan..kan..kan? bukan demokasi) selagi ia tidak bercanggah dengan agama kita. Setiap orang punya hak masing-masing.
Saya........entahlah..... takut ke hape ...?
Boleh baca di sini
Wednesday, 15 April 2009
Mari Buka Mata
Mari kita buka mata dan fikiran luas-luas disini - Sila klik "Tukar Tiub" dan bacalah " Memahami Kapitalisma"
Perancangan mereka untuk menguasai dunia memang siap diatur cuma kita tidak dapat melihatnya..
Tuesday, 14 April 2009
Kusut
Dapat call dari Pn M dari TI, further information on the meeting yang akan berlangsung 2 minggu lagi. Aduh! complicated sekali...kadang-kadang kita pun tak faham kenapa susah sangat kan .... Teman masih ada masalah mengenai tarikh yang 'clash' minggu depan dan takutle pulak nak buat panggilan kepada Mr K yang terkenal dengan garangnya tu untuk minta diganti ... alamak , hai ...dah ada ganti takkan nak marah kot.. apapun, teman terpaksalah pulak pasang kabel Nora . Harap-harap semuanya menjadi. Semuanya tu urusan untuk negara ....he..he..he..
Dan malam ini sudah 2 malam memonteng kelas.......mahu menyelesaikan urusan yang perlu diberesi esok. Semoga selepas ini konsisten semula. Rugi pahala jamaah.
Working bees
Teman pun buat-buat sibuk juga, he...he..he mengesahkan buku latihan.dan lain-lain , tapi yang panas sikit tu, bila didatangi oleh dot dot dot bertanyakan soalan yang patutnya pandai sendirilah nak bagi siapa......
Oh....di rumah pula... berita tidak menggembirakan......kenapa le wahai kucing...kau tandaskan kain,baju tu semua....kan dah kena lidi.....
Sunday, 12 April 2009
Apa justifikasinya?
Adakah ketidakadilan telah berlaku di sini ? Siapa nak jawab? Bagaimana pula perasaan mereka yang mendapat penghargaan itu, adakah mereka sedar bahawa sumbangan orang lain itu lah yang telah membawa kepada penerimaan penghargaan itu.? Arghhh..... komplikated. Malas nak fikir.
Saturday, 11 April 2009
Hari Anugerah SERATA 09
Friday, 10 April 2009
My Fridays.
What made me see red was..... a letter given to me by a friend from another friend . It was about a competition that I knew nothing about. Obviously someone attended the meeting which was held earlier , and that someone shouldn't be there in the first place. It was meant for someone else .Urrgghh... How could it be. I don't like this. Now, I don't know..... what's the progress. I'd rather not knowing.....
Benci aku....
Thursday, 9 April 2009
Tanggungjawab
Banyak yang boleh dilakukan demi memperbaiki diri serta pasukan yang dipimpin. Semestinya seorang kapten perlu mengetuai dan mendahului anak buahnya dalam apa jua tindakan. Kapten merupakan tempat rujuk, tempat mengadu, pengatur strategi dan berbagai lagi demi kejayaan pasukan yang dipimpinnya.
Kejayaan sesuatu pasukan banyak dipengaruhi oleh kaptennya. Jika kapten lemah mengatur strategi maka pincanglah permainan anak buahnya seperti dalam pasukan bolasepak, apabila kapten gagal mengepalai strategi dan serangan ,besar kemungkinan pasukan itu kalah dan terkeluar dari kejohanan.
Maka, apabila seorang kapten itu menyedari betapa besar tugas dan tanggungjawabnya, dia tentunya telah bersedia menghadapi apa jua serangan secara fizikal mahupun mental. Kemampuan seorang kapten yang baik tidak dipertikaikan jika dia berupaya mengawal dan membawa pasukannya melalui arus perdana dan pada masa yang sama membimbing dan membentuk mereka menjadi mantap dan berkaliber.
Amatlah malang jika ada pasukan dikepalai oleh kapten yang sentiasa kabur dan tidak pasti tentang peranannya.
Salah siapa ye ?
Wednesday, 8 April 2009
Syukran! Syukran!
Kemudian....... barulah ooooooo.......... yes, yes.....now it's my turn to congratulate everyone and we share wishes and greetings.....seronok tak terkata. Syukran..syukran... Ya...Allah
Kami share stories and experience....macam-macam ada , and coincidence le pulak , semalam I order pulut kuning and rendang untuk jamu kawan-kawan hari ni........kesyukuran and depa pun tahu sebab apa , bertepatan le pulak. Apapun semoga semua dapat merasa dan kongsi kesyukuran dengan teman... Alhamdulillah.
Monday, 6 April 2009
Saat-saat akhir.
Ini mesti fasal laluan semua telah dide tour kan ke Bukit Gantang. Mesti punya. Semua pakat dengar pesanan-pesanan akhir lah katakan. Mesti menarik punya. Last hours before D Day. Tadi kat kelas malam makcik tu kata ramai orang kat Bt Gantang ( dia baru balik dari menabur bakti di sana , esok nak pergi lagi) Hebat makcik ni, jealous teman. Ye le nanti kalau ditanya Allah apa yang dia dah buat boleh le dia menjawab apa sumbangan dia.kan..kan..kan.
Takkan nak menyerah kalah. Must fight till the last breath .
Dahsyat betullah penangan dua bukit dan satu batang ni. ( My other half kata salah gender ni )
Siapa punya ye ?
Saturday, 4 April 2009
Shakespeare anyone ?
Below are some of his famous quotes ( from his plays , of course.....) you may love to hate or vice versa......
When our actions do not,
Our fears do make us traitors
Macbeth, Act iv, sc ii
All perfumes of Arabia will not sweeten this little hand .
Macbeth, Act v, sc i
Ada banyak lagi.... for the time being cukup le yang ini rasanya dulu dan boleh kita probe maknanya.... open for discussion. kalau suka lah..
Pernah baca Macbeth ? Tragedi yang hebat , tragedi versi orang Melayu filem "Istana Berdarah" lupa pulak lakonan siapa, tetapi dalam cerita tu permaisuri tu asyik nampak tangannya penuh dengan darah...ish..ish..ish itulah perasaan bersalah apabila telah membunuh. Cerita tu adapted dari Macbeth le..
Othello pun seronok juga....
Friday, 3 April 2009
Tahniah!
Eh, kalau sembahyang jamaah bila kita nak pilih imam, biasanya kita akan pilih imam yang jelas, baik, terang, betul bacaannya kan? kan? kan? di samping faham dan tahu segala rukun wajib dan sunatnya kan..kan... kalau imam baca fatihah pun tak lepas macamana ye mengimamkan sembahyang ?
Oh......semenjak, dua menjak ni cuaca kat tempat saya amat teruk sekali, hujan lebat, ribut, angin kencang, hari asyik mendung aje.... kenapa ye? peralihan monsun ke ?
Ya Allah ! Jauhkanlah kami dari sebarang mala petaka. Amiiin.
Sukan Tahunan ke 81
Kanak-kanak riang bergembira bermain air di padang... masih hujan lagi.
Thursday, 2 April 2009
Maulidur Rasul di Ridzwaniah
Dahsyat penangan Tn Guru ni. Cakapnya lembut tertib dan teratur namun penuh isi dan pengajaran. Ceritanya mengenai hukum hudud di zaman Nabi Muhammad saw membawa rahmah dan keberkatan kepada ummah. Rahmah dari Allah lah yang kita cari tetapi malangnya kini ramai yang tidak mahu rahmah dan keberkatan ini , lalu menghindari hukum hudud serta marah pula kepada mereka yang ingin melaksanakannya. Sebenarnya mereka yang menentang ini jahil dan buta hati serta tidak faham agama . Bertindak mengikut hawa nafsu serta cinta dunia melebihi takut akan akhirat, makanya gagal melihat keberkesanan hukuman dari Allahu Rabbi. Maha Suci Allah Dia amat mengetahui apa yang baik bagi hambaNya.