Tuesday, 31 March 2009
31 March...so what ?
Yang "fool " dalam istilah ini ditujukan kepada orang Islam. Peristiwa ini berlaku pada 1 April 1487 di Granada, Sepanyol. Saudara Islam kita di Granada telah dibunuh dengan kejam, rumah mereka telah dibakar, kapal yang kononnya dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari Granada telah dibakar di pelabuhan. Umat Islam telah ditipu dan dimusnahkan. Untuk mengingati peristiwa mereka berjaya memperdaya umat Islam ini mereka menyambut "April Fools' Day " Untuk mengetahui lanjut cerita disebalik perayaan ini carilah., boleh dapat di mana-mana terutama dalam forum-forum agama.....
Yang sedihnya ramai kita tanpa mengetahui sejarah peristiwa ini ikut sama meraikan hari ini untuk mengenakan kawan-kawan dan sesiapa sahaja ( termasuk yours truly semasa zaman gelap dulu ) Kini saya sering mengingatkan mereka yang saya ajar mengenai peristiwa ini supaya mereka menginsafi peristiwa tersebut.
Jangan kita layan benda-benda sebegini. Banyak lagi yang boleh kita buat dan lakukan yang memberi manafaat kepada diri sendiri dan orang lain , dan bukan mengenakan orang lain dan mentertawakan mereka. Paradigm shift ya...
Yeah! Sports Day Again.
Hah ... itu rangka khemah.
Hari ini dan semalam telah dijalankan raptai untuk Hari Sukan yang akan berlangsung Khamis ini 2 April 2.30 petang. Bagaimanapun tahun ini suasana agak berlainan sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pertamanya, astaka yang sebelum ini ada di padang kini sudah tiada lagi, begitu juga khemah biasa untuk rumah sukan juga telah diruntuhkan. Akibatnya , penuhlah khemah-khemah segera di padang. Kami juga ada goal posts baru bagi hoki dan sekarang juga musim hujan dan ada ketikanya bila hujan terlalu lebat padang akan menakung air.
Latihan semalam ,air bertakung di padang.
Semua nampaknya berjalan lancar, semoga hari Khamis ni nanti cuaca baik dan tidak hujan serta segalanya beres dan teratur seperti dijadualkan. Insyaallah.
Rumah mana yang akan jadi johan ye ?
Sunday, 29 March 2009
Demam Pilihanraya
Fening-fening kepala orang Bukit Selambau nak pilih , kunci ke, pokok ke, payung ke, mata ke, timbang kati ke, macam-macam lagi. Habis pecah lah undi nampaknya..... bijak- bijak strategi deme ye.
Apapun, minat dan tumpuan rasanya lebih condong untuk mengikuti perkembangan di Bukit Seguntang ooops Bukit Gantang. Nampak lebih meriah. Calon yang bertanding pun nampaknya lebih dikenali ketokohannya. Kalau semuanya berjalan lancar telus , amanah , bertanggungjawab , takut kepada Allah dan tiada jasad-jasad yang dibangunkan dari kubur, tiada nama yang dipindahkan di akhir-akhir waktu, tiada nama yang tiba-tiba hilang, macam dah tau je...
Tapi ada satu yang agak musykil le, itu trak polis, fru, dan khemah-khemah tu semua nak buat apa ? nak perang ke ? Teringat cerita X-Files kat TV kalau ada kes alien je, nampakle khemah putih macam tu dan kereta-kereta tentera dan polis...seram juga...Felik...felik.. Siapakah yang ditakuti itu ? Takut ke ? Berani kerana benar, takut kerana salah...tak gitu?
Whatever it is, kita tunggu kebijaksanaan orang-orang Bukit Gantang. Jangan nanti ayam terlepas tangan bau taik.....Gunakan peluang ini untuk kesejahteraan semua.....Insyaallah.
Saturday, 28 March 2009
Earth Hour 2009
Selamatkan Bumi untuk generasi akan datang.
Thursday, 26 March 2009
Gembira dan sedih.
Namun dalam kesebukan , kami bersedih apabila kehilangan seorang daripada pelajar kami yang pergi menghadap Ilahi selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya. Cuaca memang dari awal pagi mendung dan hujan renyai sehingga tengahari seolah-olah turut sama bersedih dengan pemergian ini .
Bercakap mengenai kematian, kata Pak Ustaz , kita tidak boleh meratap dan meraung di atas kematian. Tetapi tentunya kita rasa bersedih di atas kehilangan / kematian itu. Mengapa kita bersedih ye? Rasionalnya, kita telah kehilangan orang yang kita sayangi, yang hampir dengan kita, waris, ada hubungan darah dan macam-macam lagi. Kita tidak dapat berjumpa dengannya lagi selepas itu.
Saya sangat terkesan apabila Pak Ustaz berkata kita sedih sebab kita tidak akan dapat berjumpa dengan mereka lagi , walaupun di akhirat nanti. Ya...bayangkan itulah kali terakhir kita melihat mereka. Di akhirat nanti dengan manusia yang ramainya , masyaallah, nafsu-nafsi belaka , bolehke berjumpa? Masing-masing dengan hal masing-masing , hanya mereka yang benar-benar dapat melepasi mahkamah Allah akan menjadi orang-orang yang berjaya pada hari itu. Suami dan isteri, anak-anak dan ibu-bapa , saudara mara, kawan-kawan belum tentu berpeluang untuk berjumpa, kerana masing-masing akan melalui pemeriksaan yang tidak ada apa yang dapat membantunya pada hari itu kecuali kasih sayang dan keredhaan Allah. Silap-silap anak yang disayangi, isteri /suami yang disayangi yang akan membawa ke neraka ( ada suami yang tidak membenarkan isteri menutup aurat, ada isteri yang melarang suami berjumpa ibunya , ada anak yang tidak disuruh menutup aurat malah disuruh menyanyi lagi dan macam-macam lagi semuanya akan dipertanggungjawabkan ) Maka mungkinkah kita akan dapat berjumpa dengan mereka yang kita sayangi ini. Maha Suci Allah sahaja yang dapat kita pohonkan keizinanNya supaya kita dapat dipertemukan semula nanti.
Saya mengingatkan diri supaya terus mencari keredhaan Allah dan kasih sayangNya kerana tanpa keredhaanNya apa pun yang kita lakukan tidak ada makna.
Ya Allah ! ku pohon keredhaanMu buat ku , ahli keluargaku , saudara dan sahabat sekalian serta sekalian muslimin dan muslimat. Ameen.
Tuesday, 24 March 2009
Selasa yang sebuk.
Prior to the meeting, another buddy bagi forms to be filled up which was meant for someone else.( Siapa ye ? ) Must be handed in today juga. Sori Pn. A, I kena pass it to you 'cos my speaking ( trial ).
Hungry and tired, we managed to complete 8 groups today, finally. Phooh! But.....then ada lagi yang masih belum beres..Mmmmm thanks Kak Jah and Pn A of course... Kesian kita kan... bagaimana agaknya lepas ni ye ?
Esok ada event besar dan lusa ada lagi event lagi besar dan hujung minggu ada lagi event dan minggu depan semua event besor-besor belaka.... macamanalah pulak tariannya ye ?
Sunday, 22 March 2009
As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin
Hari ini 22 March 2009 , genap 5 tahun pemergian tokoh HAMAS ini , syahid dibedil oleh peluru berpandu Israel laknatullah selepas selesai menunaikan Fardhu Subuh hari itu.
Insan yang tidak mampu bergerak ini amat ditakuti oleh rejim laknatullah itu. Pelbagai cubaan dilakukan untuk menamatkan riwayatnya. Segagah-gagah israel mereka rupanya amat takut dengan perjuangan insan OKU ini. Kemantapan imannya, istiqamahnya , semangatnya , perjuangannya benar-benar menggugat kekuatan kaum itu. Perjuangannya membebaskan bumi Palestin dilihat ancaman paling besar. Maka tidak hairanlah akhirnya mereka menggunakan peluru berpandu untuk menghapuskannya. Tubuhnya berkecai , namun perjuangannya diteruskan dan semangatnya terus hidup membara di bumi Palestin. Masih ternampak senyum terakhirnya selepas tubuhnya hancur dibedil.
'ONE PERSON WHO CAN'T MOVE, MOVED THE WHOLE NATION' baca disini http://www.palestinehistory.com/issues/assassination/yasin.htm
Fotos Minggu Ini
Friday, 20 March 2009
Peluang Belajar ????
Panel yang terlibat memberi penerangan
Alangkah baiknya jika ramai ibuubapa dan anak-anak dari SAR dapat mendengar penerangan ini, kerana mereka ini jarang sekali mendapat peluang biasiswa mahupun bantuan walaupun kadang-kadang pencapaian mereka lebih baik. Bagi pelajar sekolah biasa dan SBP selalunya JPA ,MARA dan agensi kerajaan yang lain akan sedia memberi kemudahan biasiswa dan pinjaman.
Bayangkan jika berpeluang belajar di Universiti Madinah (memang susah nak masuk) ia ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi dan ada pakej umrah setiap cuti. ( Kena hafaz 8 juzuk Quran antara syarat masuk dan untuk lelaki sahaja )
Usaha murni Jaip dan Maip ini baru 3 tahun dan setakat ini sudah membiayai beberapa orang anak Perak belajar di Mesir dan Jordan dalam bidang agama dan perubatan.
Sememangnya saya sangat -sangat teringin untuk menghantar anak-anak saya belajar ke negara-negara di Timur Tengah kerana pada saya keberkatannya ada di situ. Bumi para Nabi dan ambia. Ditambah pula kelebihannya apabila kita boleh menguasai dan mempraktikkan Bahasa Al Quran di sana. Dan memang bercadang sekiranya ada di antara anak-anak ini berjaya ke sana ingin rasanya berkunjung ke sana menziarah tempat-tempat bersejarah.... Insyaallah.
Saudara Mujahid Mohd Fadhil Ketua Pelajar Islam Perak Mesir
Apapun doa saya semoga Aimi berjaya mendapat tempat di salah satu pusat pengajian di sana. Insyaallah.
Wednesday, 18 March 2009
Telefon Bimbit?
Di sekolah ada pelbagai kumpulan dan ragam pelajar. Ada yang kaya, ada yang kurang berada, ada yang baik ada yang nakal ada yang baik dan rajin, ada yang nakal tetapi rajin belajar, ada yang tak begitu pandai tetapi baik dan rajin, ada yang pandai tetapi malas dan nakal, eh, ada macam-macam lagi, pelbagai ragam dan kumpulan. Yang paling letih untuk ditangani ialah kumpulan yang sudahlah atasnya kurang, sikap pula macam samseng Kampung Dusun, dah tu tambah dengan malas pula nak belajar ,namun sangat rajin datang ke sekolah tanpa gagal...Yooo.......yooooo... inilah kumpulan yang memeningkan kepala. Datang sekolah sebab ibu-bapa suruh, sebab nak jumpa dan main-main dengan kawan-kawan, sebab boleh ponteng keluar dan melepak kat cc, sebab boleh pau duit dan banyak sebab lagi...
Balik semula ke masalah bawa telefon ke sekolah. Okay, yang bawa telefon atas kehendak sendiri senanglah nak tangani, boleh rampas dan simpan. Ini yang emak bapak jadi batu api suruh bawa h/p ke sekolah. Bila kena rampas, datang sekolah serang cikgu. Apa cerita ? Sudahlah terang-terang melanggar peraturan ( bukan sekolah aje, tetapi arahan kementerian) datang siap marah dekat cikgu disiplin. Ini memang jenis kurang adab dan tidak mematuhi peraturan. Tambah pulak h/p mereka ni bukan yang koman 'tiga tiga sekupang' , tapi siap ada kad boleh simpan video , dah tu bukan senang cikgu nak crack pin code dia. Bila buka nah..... penuh dengan pelbagai jenis xxxxx....kata cikgu disiplin ( saya tak mahu tengok, habis pahala amalanku...) Yang ni ibu bapa tak sedar..... dia boleh kata..... tak ada h/p macamana saya nak pastikan keselamatan anak saya.... wah sudah lebih nampak, keselamatan yang macamana? Budak-budak tu tak boleh pakai telefon awam ke? Yang guna siling, yang guna kad pun ada.
Inilah sebenarnya punca masalah. Ada ibu bapa sudah salah main peranan. Saya tidak fikir ada ibu bapa yang akan memeriksa kandungan telefon anak mereka, ( menghormati privacylah katakan) jadi bila jenis telefon canggih ni yang dibawa ke sekolah kesannya ramailah akan tumpang semangkuk dua untuk menonton percuma...itu kalau percuma, kalau dia kenakan bayaran pulak untuk tengok....lagi berat kes.. Ibu bapa suka salahkan sekolah tetapi mereka sendiri lepas tangan dan serah anak mereka 100% ke sekolah.. Dari pagi sampai petang. Bila ada silap hentam habis-habis...Masyarakat keliling pun sama. Semua kesalahan letak atas sekolah...... Kita nak jaga seribu lebih pelajar, sedangkan ibubapa seorang berdua kat rumah pun dah fening....
Kesian cikgu-cikgi...nak jaga anak orang ,lama-lama anak sendiripun terabai. Pulak tu, budak-budak ni kalau tak berdendam tak apa, kalau jenis berdendam ni yang payah.....dari pengalaman sendiri, tayar kereta saya pernah dipaku oleh pelajar(2 inci) .....eeeee, geram..sampai sekarang rasanya budak tu hidupnya tak lah berjaya benor...tak ketahuan....keluarga kelam-kabut dll.
Tuesday, 17 March 2009
Al Baqarah Ayat 57 - 59
Allah telah menurunkan makanan dari syurga yakni manisan 'manna' dan hidangan burung puyuh ' salwa'. Mereka juga di sepanjang perjalanan menuju Palestin telah dilindungi oleh awan mega dari kepanasan matahari. Begitu sayang Allah kepada mereka , namun mereka tetap menzalimi diri mereka dengan engkar kepada arahan Allah. Allah telah mengarahkan mereka apabila masuk ke bumi Palestin, mereka perlu sujud kepada Allah dan meminta ampun akan kesalahan-kesalahan mereka, ( beristigfar )tetapi mereka enggan. Malahan mereka telah menukar ayat-ayat yang telah diperintahkan oleh Allah keatas mereka dengan bacaan mereka sendiri. Lalu Allah menurunkan kekotoran yakni balasan dari langit.
Di zaman umat terdahulu, Allah pasti menurunkan balasan tanpa tangguh kepada mereka yang engkar dan selalunya balasan / bala ini turun pada waktu tengah malam ataupun tengahari ( waktu ramai orang tidur )seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Luth, Nabi Syuib. Bagi kita umat akhir zaman ini ditangguhkan dahulu ,cuma diberi peringatan sahaja.
p/s : Kata Pak Ustaz antara sunah Nabi yang afdal diikuti ialah memakai tongkat. Jika di teliti dari sirah Nabi-nabi , mereka semuanya mempunyai tongkat. Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Muhammad dan ramai lagi.
Monday, 16 March 2009
Buat Keputusan
When making one, be sensible, rational, logical, responsible, a little bit of emotional and of course act like an intellectual... The best would be istikharah.
I had gone through one mess of decision making. Come to think about it I had no regrets. However, had I chosen the other path, then I wouldn't have been what I am today. Mmmm... fening..fening.. Whatever ......I believe that it's fated..
To those out there who are on the verge of making decision, decide wisely, don't jeopardize your opportunity, your future . Ask Allah for guidance and good luck.
Sunday, 15 March 2009
Hari Ahad
Antara yang boleh dikongsi, beberapa perkara yang dengan mudah kita boleh buat untuk beroleh pahala ; memandang muka kedua ibu dan bapa ( kepada yang masih ada lagi) Pandang dengan kasih sayang. Melihat muka surat al-quran ( melihat sahaja dah dapat pahala , kalau baca makin bertambahlah ) Melihat kaabah. Semua ini tidak memerlukan aktiviti lasak. Guna mata aje. Nak tengok kaabah tu kena belanja sikit sebab nak kena pergi ke Mekah tetapi yang dua perkara itu sangat mudah dilakukan.
Di masjid tadi ada sekumpulan lebih kurang 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 Madrasah Idrisiah. Mereka ber tilawah al quran dan akan khatam bacaan dalam masa 4 hari yakni hari Isnin. Mereka bermula Hari Jumaat. Seronok melihat mereka. Memenuhi cuti dengan ibadat. Kalau ramai remaja kita begini alangkah baiknya. Insyaallah kita tidak bimbang dengan generasi akan datang,tetapi nampaknya lebih ramai yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia. Ada yang pada pukul 11 malam masih lagi melepak di kawasan taman di tengah bandar dan berhampiran taman yang ada jet tu...Anak siapalah agaknya....?
Usai kuliah di masjid, kami ke kedai makan sebentar, memborong makanan tengahari he...he..he.. Kemudian masuk 2 orang hamba Allah,( macam sepasang .......) seorang lelaki dan seorang lagi macam wanita, rambut paras bahu, ada make up sikit, kening berhias cantik, berseluar jeans, dan pakai T-shirt wanita serta berjaket. Macam kenal je..... Mereka minum di meja tepi dan saya asyik merenung mereka ( Menyampah ) dan rasanya si perempuan tu kurang selesa, cepat-cepat minum dan keluar. Rasanya dia kenal saya, sepertimana saya kenal dia.
Dah bertukar jantina rupanya (saya agaklah kot!!!! ) Dulu macam budak-budak lain kat Klipod tu, semuanya 'ibnu' tetapi dia ni dan jadi 'binti' pulak.
Dunia...dunia... dah nak sampai penghujung pun masih ramai lagi tertipu dengan fitnah mu.....
Semoga Allah jauhkan keturunanku dari benda-benda sebegini. Aminn....
Photos This Week
Ini lagi le, tido ke ape? Memang nampak tidak beri perhatian pon.
Mesyuarat MTQ. Haaa, tu Cikgu Zamrud... sori tak clear..
Seronok nampak cikgi-cikgi.....
Ini dia Hidayanti , kembar cikgu..? ooops..anaklah... yang tudung putih dengan kawan-kawannya semasa ambil sijil berhenti... yang berbaju Melayu tu.. PK kita lah.. kalau tak ada payah kita...
Salah seekor dari munkee yang datang lagi minggu ni, di intai dari jendela bilik..Dia terus lari sebaik menyedari paparazzi cuba nak ambil gambar curi.....LOL
The other half of the pineapple now is gone.... Alhamdulillah dapat kongsi dengan haiwan yang bukan peliharaan.
Hari Sabtu
Off I went...gi tempat mekanik dulu then tak jadi pulak, Gi ambik Maisarah dulu kat tempat tuisyen then cari shortcut ke Bukit Chandan. Nampaklah kereta Naza Ria tu..Kesian the whole family was there. My rushing to the mechanic workshop sampai tak sempat nak bersalam dengan mak Nora. Maaf ye makcik.
Alhamdulillah....ditakdirkan ada mechanic dan kereta mereka kena tunggu sampai Monday and the family went back to Taiping on taxi.. Nothing much on my part. Semoga semuanya okay Isnin nanti. Tak sempat jumpa Nora aje...dia kat dalam masjid masa tu.
Apa berlaku kat stadium mini, Perak vs Perlis ? Tak dapat berita pun..Apapun semoga Clifford terus mara dan naik dari tempat ke 3 tu.
Hari Ahad mungkin ada banyak aktiviti dan cerita....... nak gi masjid dulu.
Friday, 13 March 2009
Yeah!! It's Holidays Again.
Yesterday, mmmmm....2008 SPM results released.....
CONGRATULATIONS !!!
Congratulations
too , to anak Tn Hj Shahrir, Raihana ( my gal's pal since primary), anak Alimah, anak Meor, anak Wan Aishah, anak Zulaikha, anak Hjh Adlah, anak Razak, anak Ustaz Tamami, anak Kak Jah, anak Samsuddin, anak Bakar and all my students out there ...... Fasa baru kehidupan akan bermula tidak lama lagi....
Be strong and brave kids.
Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik dan mengajar anak ku sehingga beroleh kejayaan yang membanggakan......Semoga ALLAH membalas pengorbanan kalian. : )
Thursday, 12 March 2009
Congratulations !!!!
Monday, 9 March 2009
Hujung Minggu
Hujan yang turun menyejukkan suasana dan sekurang-kurangnya pokok-pokok di luar tidak perlu disiram. Hujan juga menyejukkan suasana ketika ini yang sentiasa panas dengan topik-topik terkini. Hujan juga membawa rahmat buat sekalian makhluk. Waktu hujan juga merupakan antara waktu afdal untuk berdoa.
Hujung minggu ini juga kami menambah ahli baru dalam keluarga, seekor anak kucing yang dijumpai merayau-rayau di tempat kerja. Semua ahli keluarga bersama melayan kerenah anak kucing ni. Nampaknya dia bernasib baik kerana mendapat layanan ekslusif sehinggakan setiap kali selepas dia melepas hajatnya, anak-anak akan sebuk membasuh kaki nya dan sebagainya. Kelakor!
Menonton ' 3 Abdul' di TV juga, memang meringankan kepala. Kelakor habis. Banyak sindiran bersahaja ; penasihat 5 persen , saudagar unta Husin Lempoyang yang 'Wow' dengan kata-kata, 'Dunia,dunia, berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta', bapa mertua yang 'kalau marah kena jual' , 'khadam dan hamba tebusan' dan banyak lagi sindiran menarik P.Ramlee dalam cerita ni.
Apapun , esok keputusan STPM bakal keluar dan 2 hari selepas itu SPM pula. Mmm.... bagaimana ye? Kita bercadang untuk mula operasi minggu ni.....juga bagaimana ye...?
Sunday, 8 March 2009
Bahasaku
Apakah kau tidak punya nilai ?
Oh! Bahasaku.
Kasihan
Apa malangnya nasibmu
Bangsamu sendiri
kurang yakin dengan kemampuanmu.
Mereka kata
kau tidak mampu meneroka dunia
kau tidak mampu memajukan sesiapa
kau tidak punya kuasa
jual beli dan ekonomi
engkau hanya seperti
Latin, Sanskrit yang lama-lama akan mati.
Bahasaku ,
mereka lupa,
merekalah penyebab utama,
bahasaku hilang kedaulatannya,
bahasaku hilang kepentingannya,
bahasaku hilang nilainya,
bahasaku hanya bahasa petani di desa,
hanya untuk orang tua-tua,
hanya untuk mereka bercerita
tentang nasib dan juga derita.
Tetapi tidak untuk mereka yang kaya,
yang punya segala harta benda,
yang punya kuasa untuk bersuara;
'Bahasa Melayu , kau tidak punya nilai apa-apa.'
Kasihan nasibmu,
Oh! Bahasaku.
Friday, 6 March 2009
Ribut Dalaman
Hari ini merupakan kesinambungan dari hari semalam. Cerita semalam masih berlegar segar hari ini. Rata-rata kawan yang terlibat membuat andaian dan membuat analisis serta post mortem sendiri. Banyak juga cadangan dan tindakan yang dilihat positif dan boleh diambil kira untuk membaiki keadaan. Apapun kena tunggu minggu depan apabila rombongan kenyalang pulang.
Menambah duka dan nestapa semalam , hasil dari lawatan semalam di dapati bahawa kedudukan kita yang 'premier' ni agak memalukan , jauh ditinggal oleh mereka yang tidak ada langsung label 'premier' ...Macamana ni ? Di mana silapnya? Sebenarnya , jawapannya ada dan rata-rata kita tahu siapa yang boleh disalahkan . Yang lecehnya, sudah pasti ' dia' tidak akan nampak kelemahan 'dia.' Payahle orang yang tidak mampu bermuhasabah ni.....
Kita dah setuju nak mula operasi minggu depan, tetapi kena tunggu cue dari 'dia'. Takut tidak ada cue le pulak. Ada cadangan kata kalau tak ada cue, kena ganti 'c' dengan ''s' dan kita sue 'dia' kat mahkamah akhirat... Eeeeee berat tu..
Apapun hari ni yours truly borong lagi 4 'rantai Sabah' . He...he...he.... pelepas tension.
Thursday, 5 March 2009
Ka-Boom !!
Huh ! Akhirnya ia meletup. Eh, bukan kita yang letupkan tau , kita tak pakai C4 pun. Cuma apabila dah lama sangat disimpan, ia pastinya meletup. Pakar peletup yang 2 orang tu yang meletupkannya. Dia siap cari bahan peletup lagi, korek sana, korek sini dan akhirnya cukup bahan , meletup lah dia. Rahsia sudah pecahlah. Siapa suruh curi tulang dah Kantoi!
Bahan letupan terdiri dari BRM (Cari sendiri it stands for what) , Fail Jadual Waktu, Fail JKKS dan beberapa fail lagi .Canggih giler punya bahan letupan, C4 pun kalah.. Itula.. siapa suruh sorok.
Tak tahulah macamana nanti , bila kawan kita tu pulang dari 'tour de kenyalang' nya, mendapat tahu letupan sudahpun berlaku dan menunggu pakar forensik pulak untuk buat post mortem. Pengsan ke tidak?
Cakap fasal post mortem ni yang buat kita seriau ni. Kesan besarnya memangle kena atas kawan yang pergi ' tour de kenyalang', tapi pada masa yang sama kita subordinates ni yang terpaksa menanggung akibat....
Kesian mereka yang telah berpenat lelah, bersusah payah, bersengkang mata ,siang dan malam menyediakan fail masing-masing lengkap dan hampir lengkap, tetapi dek kerana beberapa titik nila dah rosak susu sebelanga.
Kepada mereka yang terlibat, jadikan ini suatu iktibar, ada rahmah nya. Kalau sebelum ini memang bersikap acuh tak acuh walaupun dah jenuh disuruh tapi buat tak endah aje. Huh! apa lagi selesaikan segera semua yang perlu diselesaikan. Paradigm shift ye...
Kepada yang sentiasa bersedia perhebatkan dan kemaskini (termasuk le yours truly he..he...he.. yang masih ada banyak tak siap.. ) sebab lepas ni dalam jangka waktu terdekat , rasanya lebih ramai pakar peletup akan datang mencari bahan -bahan untuk dijadikan bahan letupan.
Tuesday, 3 March 2009
Jelebor
Hari ini sewaktu sampai di rumah, ( belum masuk pagar pun) kami terserempak dengan spesis ni. Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah agaknya kot. Saya bergegas keluar kereta untuk mengambil gambar 'in action' malangnya spesis ni nampak sahaja saya terus menyorokkan kepalanya. Lama menunggu untuk dirakam gambar penuh, saya menunggu dalam panas matahari tetapi malu sungguh dia.Enggan keluar. Saya hanya dapat mencuri sedikit sahaja dari jauh semasa dia cuba-cuba mengintai..... kelakor betul.
Monday, 2 March 2009
Negeriku
Dah elok-elok tiba-tiba jadi kacau .
Apa nak jadi.......apa nak jadi....?
Orang siuman dah jadi sasau..
Apa nak jadi......apa nak jadi ...?
Yang atas berebut, yang bawah kelam-kabut.
Apa nak jadi.....apa nak jadi...?
Yang berkuasa dan tak berkuasa semua berserabut.
Apa nak jadi.....apa nak jadi ?
Suara rakyat suara keramat.
Apa nak jadi.....apa nak jadi..?
Tolong la...bagi sikit hormat.
Apa nak jadi...apa nak jadi..?
Kalau ikhlas, biarkan saja kami yang pilih.
Apa nak jadi...apa nak jadi...?
Baru boleh hilang marah yang mendidih.
Apa nak jadi.....apa nak jadi..?
Susah benor ke Yeop nak buat keputusan?
Apa nak jadi...apa nak jadi...?
Tepuk dada tanyalah Imaan.
( Lain le kalo dah tak cukup Iman....he..he...he...)
Sunday, 1 March 2009
March
Masa semakin laju berlari meninggalkan kita yang baru saja mahu mula berjalan kerana dirasakan tahun 2009 baru sahaja bermula. Sekolah pun baru sahaja rasanya dibuka, tetapi diam tak diam, tanpa di sedari kita sudah pun menghampiri cuti separuh penggal yang pertama. Ini bermakna peperiksaan @ ujian bakal dihadapi oleh pelajar dalam tempuh terdekat. Semak kembali apakah yang telah dilakukan, disumbangkan sepanjang dua bulan yang lalu. Rasa-rasanya tidak banyak yang dapat disampaikan. Namun saya agak puas hati juga kerana telah dapat melunasi beberapa tajuk yang perlu diberesi. Sekurang-kurangnya jika ada ujian yang perlu diduduki oleh pelajar, saya tidak rasa bersalah kerana mereka telah didedahkan dengan tajuk-tajuk tertentu.
Demikianlah waktu itu dilihat akan terus bergerak pantas tanpa menoleh kebelakang. Masa-masa yang telah berlalu pastinya tidak akan dapat diulang semula. Kita hanya mampu mengenang sahaja apa yang telah berlalu, samada yang pahit mahupun yang manis. Segala peristiwa lalu boleh dijadikan panduan dan 'Aqal yang dianugerahi Allah boleh membantu kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dan membuat kita berhati-hati dalam tindakan.
Masalah nya ialah bagaimanakah semua ini dapat disampaikan dengan berkesan kepada golongan remaja lelaki yang hanya mampu berfikir mengenai keseronokan sahaja. Mereka gagal menginsafi faktor masa yang tidak pernah berhenti bergerak . Mereka juga tidak dapat berfikir mengenai masa akan datang. Mereka tidak dapat melihat diri mereka 10 tahun dari sekarang, Mereka tidak mampu berfikir untuk masa depan. Mereka hanya mampu melalui masa seadanya tanpa mahu bersusah-payah berfikir mengenainya. Hidup bagi mereka adalah apa yang ada di depan mata sahaja. Tidak perlu berfikir lebih daripada itu. Berseronok sementara masih mampu.
Apa yang mampu saya lakukan ialah cuba dan melaksanakan perintah dalam surah al-'Asr ia itu berpesan -pesan kepada kebaikan dan kebenaran. Semoga mereka dapat melihat dan hijab mereka terangkat. Insyaallah.