TAZKIRAH: Syarat Khusyu':
* Seseorang bertanya kepada Sayyidina Al-Habib Umar bin Hafidz : "Bagaimana agar kita boleh khusyu?" Al-Habib Umar bin Hafidz...
Catatan Kampung....
Sekadar meluahkan rasa......
Monday, 15 August 2016
Sunday, 10 July 2016
Post Raya Blues
Yes. Raya is over. Other than bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi,masak-masak, makan-makan; what else to do. Watch TV ...Ooo no .I don't watch tv. Not keeping track on what's on . Cliche je pon. Year in year out sama je. Movies or drama pon sama je jalan citer dia.
At times boooring jugak tapi what's nice is , kita masih lagi bercuti. However, those travelling back yesterday had to face jam teruk. Jalan depan rumah kita jam juga berderet-deret kereta dari selepas Asar sampai lah lepas maghrib. Yang jam tu menghala ke selatan je pon. Mereka tu lari dari highway PLUS. Kat hiway lagi le teruk dengar nye. Alhamdulillah, kita tak perlu lalui semua tuh. Bahagia.
Biasalah another raya blues is kita tengok bills kan. Tak boleh nak komen lebih. Redho je lahh. Kita rasa kita tak la overspending this year. Rasa macam cukup-cukup je. Our kueh raya pon just nice , habis on time and semua dah buka. Nothing to worry about lebihan kuih yang sampai habis Syawal pon masih ada lagi. Good planning this time around.
One more thing, my kids at school sure nak suruh buat open house ke haper. Segan dah rasanye at this age, tak larat nak entertain. So plan buat kat sekolah je. hehehe. Me and another buddy plan to have it at school. Smart kan . Jimat segala. huhuhu.
Selamat Hari Raya.
Must watch my cholesterol level lepas nih.

Wednesday, 6 July 2016
Salam Aidil Fitri 1437 Hijriah
Salam Aidil Fitri. Taqabbalallahu minna wa minkum. Minal aidin wal faizin.
Moga kita semua diberi keampunan dan mendapat rahmat dari Allah dan dibebaskan dari api neraka. Alhamdulillah kita telah berjaya melalui Madrasah Ramadhan tahun ini. Moga Allah menerima segala amal perbuatan kita.
Harapan juga semoga ini bukan Ramadhan terakhir buat kita. Pohon kepada MU Ya Allah, berikan kami kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan Mu yang akan datang.
Malam raya ni, suasananya dah macam orang sambut Tahun Baru. Berdentum-dentam di sana-sini. Bunyi mercun, meriam, bunga api keliling kampung. Runsing. Nih tarbiah dari siapa nih. Bakar meriam sampai bergegar rumah. Baling mercun bola tepi rumah orang. Hadoiii.. Islamik sungguh lah anak cucu kita.
Eh, ini budaya Orang Melayu katanye, tak caya dengar lagu raya Saloma. Jadi tak da beza lah 1 Syawal dengan sambutan tahun baru. Mercun dan segala bunyi yang memekakkan telinga tu dah jatuh wajib. Kalu tidak tak sah sambutan 1 Syawal. Asimilasi la tu kott.
Untuk semua ,maaf zahir dan batin, jika ada terkasar bahasa dan terkata. Moga kita menjadi orang yang lebih baik selepas ini.
Wednesday, 22 June 2016
Setahun telah berlalu....
Assalam. Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah masih sempat dan diberi peluang lagi oleh Allah meraikan dan menghayati bulan penuh barakah ini.
Sudah 17 Ramadhan . Terlalu cepat masa berlaalu. Sempena mengingati peristiwa Nuzulul Quran ini , jom teruskan bacaan kita. Mahu khatam sebelum tamat Ramadhan. Baca sahajalah nampaknya, belum sempat untuk tadabbur sepenuhnya. InsyaAllah selepas Ramadhan.
Maha Suci Allah yang telah menurunkan kitab suci Al Quran sebagai panduan bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Thursday, 25 June 2015
Salam Ramadhan ......walaupun agak terlewat
Salam Ramadhan. Rasanya masih belum terlambatkan untuk mengucapkannya.
Lama sudah tidak mencatat walaupun memang banyak yang ingin dicatatkan.
Sudah seminggu kita semua menjalani ibadah puasa , moga Allah menerima ibadah dan doa kita sepanjang Ramadhan ini.
Mengimbau Ramadhan beberapa tahun yang lalu, oh, masa sungguh pantas berlari. Ramadhan 2009 , anakanda saya ke Mesir bersama 2 lagi rakan untuk mencari ilmu. Tika itu Ramadhan baru sahaja bermula. Demi niat untuk mendapatkan ilmu, redholah walaupun mereka memang masih muda lagi.
Kini pengajian mereka hampir tamat dan tentunya mereka dewasa di perantauan. Banyak yang telah mereka lalui dan pastinya pengalaman itu mematangkan mereka. Moga sekembalinya mereka nanti dapat memberi sumbangan kepada agama , bangsa dan negara.
Anak-anak sekalian manafaatkan waktu mu di bumi anbiya itu sepenuhnya. Penuhi dadamu dengan ilmu dunia dan akhirat. Bukan semua beroleh kesempatan itu, jadi " be wise"
Subscribe to:
Posts (Atom)